BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 15, 2009

Untuk semua yang bergelar KAWAN

Sajak untuk kawan
Kawan
Jika kehidupan itu laksana kota binaan
Bangunkanlah ia bukan sekadar hiasan
Bukan untuk kemegahan, kediaman atau diwariskan
Tetapi
Bangunkanlah ia atas dasar akidah
Pacakkan kalimah Lailahaillallah ke dasar hati sekukuhnya
Tiada goyah, keyakinan yang jitu
Binalah benteng iman dari bata-bata takwa
Hiasi dengan warna-warna syukur
Teduhi dengan rasa-rasa tawadhu’
Itulah sebaik-baik binaan
Harta bernilai ke gerbang akhirat
Kerana detak jantung akan terhenti akhirnya
Pabila kota yang dibina runtuh selamanya…
"Andai ada pertemuan, biarlah ianya sepanjang usia perpisahan…"

2 comments:

hasif said...

Kawan senang dicari,
Sahabat susah ditukar ganti....

"bertemu dan berpisah kerana Allah itulah Sahabat sejati"

sedih baca ayat kak. sab....huhu

Sabrina Ab. Rahim said...

betul tu hasif
teringat pada arwah ust Asri dan
teringat pd sahabat yang dah pergi

tiba-tiba teringat pada ust. Hafizul di Sek Yayasan Al-Quran dulu...