BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 17, 2009

Fitnah

Dakwaan yang mengatakan SPRM menyerbu dan menyelongkar pejabat exco YB Pn Rodziah Ismail semalam, 05 Ogos 2009 jam 2.45pm adalah TIDAK BENAR sama sekali. SPRM telah datang hanya untuk mendapatkan dokumen Dun Sementa yang dikatakan ada pada YB Rodziah. Kedatangan SPRM juga baru diketahui oleh beliau setelah dimaklumkan oleh peguam semasa mesyuarat exco semalam. Tiada sebarang siasatan dan pengambilan dokumen dibenarkan oleh peguam kerana tiada notis awalan dikeluarkan oleh SPRM kepada beliau.
Dakwaan yang mengatakan 2 pegawai beliau telah ditahan dan disiasat juga adalah TIDAK BENAR. SPRM GAGAL mendapatkan dokumen yang dikehendaki setelah diminta oleh peguam untuk mengeluarkan notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kenyataaan Yang Berhormat kepada media hari ini, beliau bersedia untuk disiasat jika dakwaan seperti yang dilaporkan adalah benar dan berasas.
Aku percaya YB tak bersalah. Bukan hanya sebab YB adalah kakak sepupu aku tapi aku memang yakin YB tak bersalah. Ini semua permainan politik yang cuba nak menjatuhkan beliau...Ingatlah wahai orang yang memfitnah Fitnah itu lebih teruk dari membunuh...
hope Kak Ogy dapat melaluinya dengan tabah. Insyaallah kebenaran akan terlaksana.
kami akan doakan....
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya"

0 comments: