BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 20, 2009

Cikgu oh cikgu

Setelah tiga hari tido di hostel aku balik umah. Budak2 bersorak gembira. lama agaknya tak jumpa makngahnya. Anakku yang si kembar tu lebih-lebih lagi. kata Affan "lamanya tunggu Mie balik". Kesian dia tentu rindu padaku. Aku peluk mereka dgn kasih sayang. Atikah anak saudaraku yg berusia 3 thn bertalu-talu mencium pipiku dan memeluk erat aku.
Aku rehat seketika sambil berborak dgn emak. Abah tak ada dirumah. Anak-anak saudaraku belum diambil ibu bapanya. Aku hulurkan mask kepada emak yg aku ambil di opis. Ketika itu mak bercerita.
Kata emak Affiq demam. Dia juga selsema. Aku risau. Tapi mak kata puncanya cikgu di sekolah tadikannya memasukkan lipas ke dalam bajunya. Dia memang takut lipas jadi dia menangis ketakutan sehingga selsema. Mungkin sebab ketakutan juga dia demam.
Aku rasa geram. Niat dihati Mahu saja aku ke sekolah anak-anakku esok. Macam cikgu tak tahu anak-anakku itu sakit. Mereka sakit aku sakit ati. Kata mak diorang tak sekolah. Jadi mesti cikgu tu tahu sebab lipas tu budak2 tu sakit. Harap cikgu tu paham. Tapi hati aku tetap membara....
Budak-budak memang lah nakal.Tapi ada cara lain lagi untuk mendidik. Aku lebih rela anak-anakku itu di denda berdiri atas kerusi atau di rotan dengan pembaris ditangan daripada diperlakukkan begitu kerana akan menjejaskan kesihatannya. Tambahan pula budak2 tu ada asma. Baru bulan lepas keluar masuk hospital....
Aku kata dengan mak, sekali lagi budak2 tu kena mcm tu aku sendiri akan ke sekolah. Bukan nak marah cikgu tu tapi nak bagi nasihat cara-cara menghukum budak-budak yang tak samapai pun 5thn lagi...harap tak jadi pada budak lain.

0 comments: