BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 17, 2009

Ayat-Ayat Cinta

Hujan baru lepas berhenti. Baru tidurkan budak2 setelah diorang mengacau ku di dalam bilik membuat tempahan bunga telur. Aku tahu mata mereka masih segar kerana baru banggun setelah tidur petang tadi. Tapi aku tak ada pilihan selain menyuruh mereka kembali tidur dengan alasan besok sekolah.
Aku sambil memintal dawai bunga menonton cerita 'Ayat-ayat cinta' dari hard disk yang aku pinjam dari Apis. Cerita tentang pengorbanan dan ketabahan. sesekali terbawa perasaan ku ke dalam cerita itu.
Bukan senang seorang suami memimpin tangungjawab. Seorang isteri yang mengorbankan segala-galanya untuk kebahagiaan suaminya dan juga hati seorang wanita yang cintakan lelaki yang sama.
Semua tu mengajarku erti pengorbanan, ketabahan dan juga sikap tolak ansur. Semoga Allah memberi aku kekuatan seperti mereka.
Affan bangun minta susu, ku buatkan selalu..sambil menepuk-nepuk punggungnya biar lena. Si adik Afiq pula bangun menghulurkan botol minta susu. Ku buat jua kerana kasih ku tumpah untuk mereka.
Kadang2 memang penat melayan mereka..marah jugak aku kalau tak ikut kata tapi budak2 skg nie pandai main sikologi. Bila kena marah je tanya aku" Mie tak sayang abang ke?"
Mana boleh aku tak sayang...tapi kadang-kadang aku biarkan saje...suatu hari nanti mereka akan mengerti...perasaan ku

0 comments: