BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

31 Ogos 2009

langit penuh dengan cahaya yang indah-indah
seperti percikan bunga api..
ada dimana-mana sahaja..cantik
tiba-tiba aku lihat satu kepulan asap putih dan hitam yang besar
di sebelah pantai..
rumah aku ada pantai? heran..bukan cuma sungai gombak aje ker?..
bingung... tetapi aku seperti pernah melihat kepulan asap itu
ya baru aku teringat
buku sejarah tingkatan lima
bila Hiroshima kena bom..
aku panik...tiba2 aku lihat sebuah kapak perang tengelam..
kapal perang itu pun macam aku pernah lihat..
ya itulah Pearl Harbour..
aku semakin keliru
macamana aku boleh teperangkap dalam perang dunia yang kedua ini..
tiba-tiba aku nampak tentera merah..
memakai pakaian ala tentera dan membawa bendera merah..
siapa mereka ini..
saat itu aku dengar bunyi tembakan...
perang ker ? ya Allah macam mana nie..
macamana aku nak lari..kat mana aku nak berlindung
abah tarik tangan ku..abah kata tu tentera indonesia
baru aku tahu siapa tentera merah
mereka sedang memerangi tentera Malaysia...
Ya Allah kau selamatkanlah kami..
aku pening dan ketakutan...tiba-tiba aku jumpa satu risalah
aku baca ayatnya...
konferentasi indonesia
mak abah apa nie..tadi perang dunia kedua
sekarang konfrentasi indonesia pulak...
tiba-tiba tentera merah tadi berpaling kepada aku dan terus.....
"ngah eh...apa nie mengigau...
bangun sahur..." suara emak mengejutkan aku
aku terduduk....
mimpi rupanya..
Ya Allah terima kasih kerana aku masih lagi bernafas
"banyaknya orang menanam pulut
saya seorang menanam padi
banyaklah org karam di laut
saya seorang karam dihati"
bunyi sms di hp ku..
aku terus memeriksa sms tersebut
apis yang hantas sms kejutkan sahur...
jam di hp pukul 5.00am, tarikh 31 ogos 2009
aku tersenyum
ya hari ini negara ku telah merdeka
52 tahun lamanya....
Terima kasih ya Allah kerana aku dilahirkan sebagai anak merdeka...

peristiwa diatas adalah kejadian sebenar. mimpi aku pg tadi sebelum sahur...
huhuhu....

1 comments:

eZaD said...

aik kak...
npe lak gatal arr???
ahahhaa,...