BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 28, 2009

Apa yang aku rasa...

Kita rasa kadang-kadang kita rasa kita kenal seseorang. Tapi pada hakikatnya kita tidak kenal dia. Maka kita akan rasa semakin kita dekat dengan dia kita semakin jauh dari dia...kita keliru. Tapi hati kita tetap tidak membenarkan kita percaya bahawa orang itu sedang lari dari hidup kita. Kita tidak boleh menafikan hakikkat bahawa dia amat penting dalam hidup kita sehinggalah kita tahu hakikat sebenarnya.
kadang2 bila dia didepan mata kita, kita tidak nampak sehinggalah kita kehilangan dirinya.
Kita juga kadang2 lupa yang kita dijadikan oleh Allah cukup lengkap dengan pakej. Seperti sebuah komputer yang datang dengan softwarenya. Kita tidak mengikut takdir yang ditentukan untuk kita sejak dari lahir lagi..sedangkan takdir itu mengejar kita sehinggalah dalam satu keadaan kita mengakui takdir kita sendiri dan ketika itu kita terus menerimanya tanpa kita berusaha mengubahnya.
Kita terus melakukan kesalahan demi kesalahan dalam hidup kerana kita sudah putus asa untuk berubah. Sedangakan perubahan yang baik itu akan datang jika kita terus berusaha dan tidak berputus asa.
Kita masih jadi baik kerana Rahmat Allah. Oleh yang demikian kita lupa akan kenikmatan yang kita perolehi sekarang boleh hilang. Kita menyalahkan mereka yang kita rasa menzalimi diri mereka sendiri kerana kita rasa kita sudah cukup baik. Tetapi sebenarnya ganjaran syurga belum tentu untuk kita. Malah jika dikehendaki olehNya syurga itu milik mereka.
Bersyukurkah kita selama ini dijadikan seorang yang baik oleh Allah sedangkan kita tidak pernah diduga. Sehinggakan pada masa kita di duga barulah kita mahu mengucapkan syukur.
Kejahilan kita sekarang tidak bermakna kita akan terus jahil. Allah itu Maha Adil. Hanya ia yang maha mengetahui apa yang akan berlaku. Oleh itu bersangka pada Allah semoga Allah mengampuni kita.

0 comments: