Jika seluruh bulan adalah noda
Monday, September 21, 2009
mcm2 sms raya
Jika seluruh bulan adalah noda
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 3:57 PM 0 comments
Salam Aidilfitri....
untuk sume kawan2 sempena ari raya nie ucapan raya nie untuk korang sume...
sekali kita bertemu, kasih yang kita bina
sekali hati terluka setahun kita terasa
sekali kita memaafkan, keampunan jua yang kita pinta
sekali lagi kita bersama untuk ucapkan selamat ari raya
maaf zahir dan batin..
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 3:26 PM 0 comments
Friday, September 11, 2009
Terima Kasih Cinta

Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu
Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu
Ouuwwww...
Ouuwwww...
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 2:33 PM 0 comments
Wednesday, September 9, 2009
mak abah maafkan saya...
aku tutup pintu..buka lampu n minum. Dalam kepala pikir nak pakai baju apa ari nie...
terus duduk depan almari yang agak lama tak bukak. Pilih dari satu baju ke satu baju...
terasa nak mandi awal....abah dalam bilik air. Seperti biasa abah akan masuk bilik air sebelum subuh..
abah masuk bilik aku..cari sesuatu..aku tanya abah cari apa? abah kata abah cari..tapi tak ada jawapan lepas tu. Aku tengok je..tanpa tolong cari. Rupanya abah cari baju yang dia dah pakai dekat belakang pintu bilik aku..baju yang dia pakai untuk solat. Tentu semasa aku tak ada abah sembahyang kat bilik aku...
lepas tu aku terus gi bilik air...keluar bilik air abah dah tak ada. Abah dah gi solat kat surau. Ari-ari abah akan pergi surau untuk solat subuh kat situ. aku solat subuh n bersiap2 untuk ke opis..pagi tu baru pukul 6.30 pagi. kat luar sejuk dan masih agak gelap..ari nie cuaca berjerebu.
aku jalan kaki sorang-sorang pegi tunggu bas. aku bajet ari nie mesti awal sebab dah awal giler aku kuar.
aku tunggu bas...6.45 pagi ada satu bas datang. Aku tahan tapi dia tak berenti..
aku tunggu lagi...7.15 ada lagi satu bas datang tapi dia tulis depoh maksud dia, tak ambil org
bila dah 7.20 aku send sms kat apis suruh dia pegi dulu sebab aku bajet aku tak boleh sampai sebelum 7.45
aku tunggu lagi..dan lagi..dan lagi...
aku mula rasa marah. Aku pandang langit dah cerah. Aku marah kat driver bus yang mula2 tu sebab tak berenti masa aku tahan.
langit tak berapa nak cerah sebab jerebu jadi aku terpikir sesuatu..
1st aku terpikir semalam bukan malam lailatul qadar. sebab langit tak cerah..
kedua baru aku teringat something..
pagi tadi abah buat milo aku minum susu coklat..
abah cari barang aku tak tolong..
aku keluar rumah tak ucap salam pun pada mak dan abah seperti yang aku selalu buat..
aku mula menyesal..sedeh..terpandang2 muka abah aku yang semakin dinjak usia tu..muka mak yang aku tak jawap pun kata2nya masa aku sikat rambut tadi..
aku rasa nak nangis..
aku betul2 rasa bersalah..
patut la ari nie Allah tak tolong aku..
patut la driver tu tak berenti..sebab mungkin Allah nak ajar aku something
macamana perasaan aku kalau tahan bus tapi bus tu tak berenti..mungkin sama dengan perasaan abah aku yang dah penat2 bangun sahur tapi aku tak jamah langsung air dia.
perasaan mak aku tegur aku pagi2 tapi aku tak jawap apa2 pun..
Aku tak bagi salam pun pada mereka hari nie..mungkin itu yang mereka nak dengar, tapi tak dapat dengar dari aku pagi nie pun
mungkin lagi hebat sedihnya mereka dari sedihnya aku tunggu bas tak tiba2..
aku silap tanpa aku sedar...
sedih giler
Aku cakap dalam hati" Ya Allah aku dah buat salah ari nie..aku menyesal. Aku minta maaf. Tapi aku belajar sesuatu dari segala kesilapan tu. Aku sedar sekarang..maka kau berilah aku pertolongan dan keampunan"
abis je aku cakap mcm tu..dari jauh aku nampak bus metro. Allah datangkan pertolongan.
aku bersyukur doa aku dimakbulkan walaupun bukan petanda dosa aku diampunkan. Dengan abah dan mak aku pun nak minta maaf juga..
mak abah ana minta maaf...huhuhu...
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 4:04 PM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
ari sedih...
Ari nie ari paling sedih
sume sedih...
tadi aku gelak-gelak
tapi sekarang aku nangis...
betul la kata org jgn suke2 sgt nanti menagis..
Ya Allah banyak betul dugaan yang kau beri pada ku pose2 nie...
tapi Ya Allah, aku redha...
nama aku kan sabrina
kesabaran kami..
aku kena ingat tu
aku kena sabar, kuat dan tabah sentiasa...
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 4:32 PM 3 comments
terima kasih pada,
yang sentiasa menyokong..
yang sentiasa memberi semangat..
yang sentiasa menasihat dan...
yang sentiasa meyayangi...
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 1:06 PM 0 comments
Thursday, September 3, 2009
Wednesday, September 2, 2009
Design terbaru Bunga Pahar
yang hijau untuk si abang
yang meroon untuk si adik
aku buat design untuk di propose kepada customer. Ternyata memang diorang gembira..tapi ada lagi satu warna pink n purple yang tak sempat aku nak ambik gambar. lain kali lah...
juga tempahan bunga dulang untuk si adik..warna maroon gak...
Inilah kerja aku kalau boring...
tengah pikir untuk sponser bunga telur sebanyak 60 batang utk majlis katam alquran di Surau UniKL BMI anjuran budak2 KS..nak buat bunga macamana ya....?????
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 5:07 PM 0 comments