BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 21, 2009

mcm2 sms raya

byk dapat sms masa raya...seronok sgt. terima kasih kepada yang menghantar sms..


tq 4 the wish.may this ramadhan be most blessed,
May this syawal be most memprable n may all the past
mistakes be fogiven. Slm Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
-Che Roy-
Selamat menyambut Hari Raya.
Maaf zahir dan Batin
-Ust Hafizul dan Isteri (Yayasan Al-Quran)
Allahuak'bar
Allahuak'bar
Allahuak'bar
Walillahilham
Selamat hari raya 'idilfitri Maaf Zahir & Batin
-Abg habib
Kalau dilipek sebosar kuku..
kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicghi
kok hanyut di pinteh
kok tonggolam do solam,
Dtg biarlah nampak muko
poie biarlah nampak belakang...
jauh diimbau, dokek digamit..
seuntai kato..dogup bicagho,
meghisik ghaso...
salam aidilfitri...maaf zahir batin
-Bro. Caa
tunggu2 raya dah dekat
bakar lemang rebus ketupat,
nak anta kat raya dah x sempat,
antar sms je yang cepat.
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
-Dari abg zai dan keluarga
Dalam keredhaan hati dan ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & Dosa
Selamat Hari raya maaf zahir dan batin
-Aby & keluarga
-Raja (UniKL MSI)
Walau langkah tak bertemu
Tangan tak berjabat
Ucap tak terdengar
Mata tak bertentang..
Mohon Maaf Segala kekhilafan kerana ada tikanya
MATA silap memandang
TELINGA salah mendengar,
LIDAH Terlanjur berkata2
HATI tersalah menduga
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
-Nasrul dan Keluarga
1agama,
1 negara,
1 tanah dipijak,
1langit berteduh,
1 perayaan
maka 1 ucapan,
selamat hari raya maaf zahir dan batin
-ikhlas dari archan@duan
Salam lebaran...disini saya Hamimah bt Mohammed Bukhary
ingin memohon maaf atas segala silap n salah
n halalkan makan dan minum
semoga siraturrahim yang dibina x akan putus
salam
-MIM
Salam lebaran minal aidil walfaizin
Walau jauh bukan halangan
SMS dihantar tanda persahabatan
kupohom maaf selama berkawan
Salam Aidilfitri tanda ingatan
-Normah
im wishing all of u,
selamat hari raya...
maaf zahir batin..
hope u guyswill enjoy d festive..
have a gewd one k
-Billy
Mata kadangkala salah melihat
Mulut kadang-kadang salah bercakap
Hati kadangkala salah menduga..
Maafkan segala kesilapan yang ada
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
-Adra Anies (Dira)
Selamat hari Raya..Maaf zahir dan Batin...
-acap
-kak g sekeluarga
-Fadli sekeluarga (Abbas)
Walaupun ramadhan fajar syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut hari raya
takbir dilaungkan thmd dibacakan
semoga kita beroleh keberkatan
Selamat Hari Raya idulfitri
Maaf zahir batin
-Habib Ks
Bicara kadang2 tak terjaga
janji kadang2 terabai dan terlewat
Hati kadang-kadang berperangsaka dan was2
Sikap kadang2 menyakitkan
Hidup ini menjadi terlalu indah jika masih ada MAAF.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin
-Erny dan keluarga
Salam aidilfitri..
ampun dan maaf dipinta andai
terkasar bahasa,
terlebih bicara,
dalam pelbagai perkara
Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin
-shafie & keluarga
Without realizing, I may have hurt u in word or in doings...
Mistakes that i make a part of me and else great comes from him.
Selamat Hari raya maaf zahir dan batin.
Have a bleseed raya n tq 4 kad
-wanie
Salam lebaran...maaf zahir & batin
ingatan tulus ikhlas
-Daus Hamzah
Jika seluruh umur adalah dosa
maka takwa dan taubatlah pengubatnya
Jika harta adalah racun
zakatlah penawarnya
Jika seluruh bulan adalah noda
maka Ramadhanlah pemutihnya
Selamat hari raya aidilfitri
-arazi n family
Ada ketika mata silap memandang,
telinga silap mendengar
lidah terlanjur berkata
fikirran khilaf mentafsir & hati
silap menduga
Mohon maaf atas segalanya..
salam aidilfitri
Jemput datang Umah
-Fatin
Assalamualaikum..Nak ambik kesempatan di hujung2
Ramadhan ini Mohon maaf atas segala salah silap...
selamat menyambut hari rayaAidilfitri
maaf zahir dan batin
-Norhabibi
pelita diletak diatas para
hendak dinyalakan di tepi perigi
SMS dihantar penganti kad raya
tanda ingatan di Aidilfitri
Maaf zahir & Batin
-0122810943
Selamat hari raya
maaf zahir dan batin
halalkan makan minum apis
dan kalau ada kasar bahasa
-apis
Orait kak selamat bercuti kak...
mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki
sy memang tak nampak kesalahan sy kat akak
tapi kalau akak pendamkan tolong maafkannya
saya suka tengok akak berkerja
ceria je...hehe
k lah kak akhir kalam...selamat hari raya
moga kita kembali kepada fitrah manusia
menghambakan diri sepenuhnya kepada Tuhan pencipta kita :D
-Rabie KS

Salam Aidilfitri....

untuk sume kawan2 sempena ari raya nie ucapan raya nie untuk korang sume...

sekali kita bertemu, kasih yang kita bina
sekali hati terluka setahun kita terasa
sekali kita memaafkan, keampunan jua yang kita pinta
sekali lagi kita bersama untuk ucapkan selamat ari raya
maaf zahir dan batin..

Friday, September 11, 2009

Terima Kasih Cinta

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Ouuwwww...
Ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu



Wednesday, September 9, 2009

mak abah maafkan saya...

Ari nie bagun sahur..abah buatkan milo. Atas meja dah ada air teh O. Abah tanya nak makan apa?..aku geleng. aku " kata nak minum susu coklat" je..lupa abah dah buat milo untuk aku. aku ambik gelas, bukak peti sejukdan tuang dalam gelas. Terus pegi masuk bilik...
aku tutup pintu..buka lampu n minum. Dalam kepala pikir nak pakai baju apa ari nie...
terus duduk depan almari yang agak lama tak bukak. Pilih dari satu baju ke satu baju...
terasa nak mandi awal....abah dalam bilik air. Seperti biasa abah akan masuk bilik air sebelum subuh..
abah masuk bilik aku..cari sesuatu..aku tanya abah cari apa? abah kata abah cari..tapi tak ada jawapan lepas tu. Aku tengok je..tanpa tolong cari. Rupanya abah cari baju yang dia dah pakai dekat belakang pintu bilik aku..baju yang dia pakai untuk solat. Tentu semasa aku tak ada abah sembahyang kat bilik aku...
lepas tu aku terus gi bilik air...keluar bilik air abah dah tak ada. Abah dah gi solat kat surau. Ari-ari abah akan pergi surau untuk solat subuh kat situ. aku solat subuh n bersiap2 untuk ke opis..pagi tu baru pukul 6.30 pagi. kat luar sejuk dan masih agak gelap..ari nie cuaca berjerebu.
aku jalan kaki sorang-sorang pegi tunggu bas. aku bajet ari nie mesti awal sebab dah awal giler aku kuar.
aku tunggu bas...6.45 pagi ada satu bas datang. Aku tahan tapi dia tak berenti..
aku tunggu lagi...7.15 ada lagi satu bas datang tapi dia tulis depoh maksud dia, tak ambil org
bila dah 7.20 aku send sms kat apis suruh dia pegi dulu sebab aku bajet aku tak boleh sampai sebelum 7.45
aku tunggu lagi..dan lagi..dan lagi...
aku mula rasa marah. Aku pandang langit dah cerah. Aku marah kat driver bus yang mula2 tu sebab tak berenti masa aku tahan.
langit tak berapa nak cerah sebab jerebu jadi aku terpikir sesuatu..
1st aku terpikir semalam bukan malam lailatul qadar. sebab langit tak cerah..
kedua baru aku teringat something..
pagi tadi abah buat milo aku minum susu coklat..
abah cari barang aku tak tolong..
aku keluar rumah tak ucap salam pun pada mak dan abah seperti yang aku selalu buat..
aku mula menyesal..sedeh..terpandang2 muka abah aku yang semakin dinjak usia tu..muka mak yang aku tak jawap pun kata2nya masa aku sikat rambut tadi..
aku rasa nak nangis..
aku betul2 rasa bersalah..
patut la ari nie Allah tak tolong aku..
patut la driver tu tak berenti..sebab mungkin Allah nak ajar aku something
macamana perasaan aku kalau tahan bus tapi bus tu tak berenti..mungkin sama dengan perasaan abah aku yang dah penat2 bangun sahur tapi aku tak jamah langsung air dia.
perasaan mak aku tegur aku pagi2 tapi aku tak jawap apa2 pun..
Aku tak bagi salam pun pada mereka hari nie..mungkin itu yang mereka nak dengar, tapi tak dapat dengar dari aku pagi nie pun
mungkin lagi hebat sedihnya mereka dari sedihnya aku tunggu bas tak tiba2..
aku silap tanpa aku sedar...
sedih giler
Aku cakap dalam hati" Ya Allah aku dah buat salah ari nie..aku menyesal. Aku minta maaf. Tapi aku belajar sesuatu dari segala kesilapan tu. Aku sedar sekarang..maka kau berilah aku pertolongan dan keampunan"
abis je aku cakap mcm tu..dari jauh aku nampak bus metro. Allah datangkan pertolongan.
aku bersyukur doa aku dimakbulkan walaupun bukan petanda dosa aku diampunkan. Dengan abah dan mak aku pun nak minta maaf juga..
mak abah ana minta maaf...huhuhu...

9/9/2009

apy day, i hope...

Tuesday, September 8, 2009

ari sedih...

Ari nie ari paling sedih
sume sedih...
tadi aku gelak-gelak
tapi sekarang aku nangis...
betul la kata org jgn suke2 sgt nanti menagis..
Ya Allah banyak betul dugaan yang kau beri pada ku pose2 nie...
tapi Ya Allah, aku redha...
nama aku kan sabrina
kesabaran kami..
aku kena ingat tu
aku kena sabar, kuat dan tabah sentiasa...




Kadang-kadang kita sunyi...hati kita jadi sejuk. Perasaan kita bercampur-campur. Kita suka-suka tapi hati kita tetap rasa sesuatu. Rasa kosong, rasa sebak tp kita lawan sebab kawan-kawan ada dengan kita. Kita tunjuk kita apy sebab kt rasa kawan-kawan nak tengok kita apy. Walaupun hakikatnya orang yang kita perlukan saat ini tidak ada bersama kita. Kita simpan jauh-jauh dalam hati kita dan kita terus berharap satu ari nanti dia akan bersama dengan kita...rasa apa yang kita rasa. Tapi kadang-kadang kita rasa kita nak berhenti berharap kerana kita rasa kita kekasih yang tidak dianggap. Selagi ada cinta ..kita teruskan walaupun sebenarnya kita kecewa.Ku lerai segala terkusut demi menjaga hatimu...

terima kasih pada,
yang sentiasa menyokong..
yang sentiasa memberi semangat..
yang sentiasa menasihat dan...
yang sentiasa meyayangi...

Thursday, September 3, 2009

Bunga pahar n bunga dulang



nie adalah bunga pahar n bunga dulang yang tidak sempat di upload..

Wednesday, September 2, 2009

Design terbaru Bunga Pahar



yang hijau untuk si abang
yang meroon untuk si adik
aku buat design untuk di propose kepada customer. Ternyata memang diorang gembira..tapi ada lagi satu warna pink n purple yang tak sempat aku nak ambik gambar. lain kali lah...
juga tempahan bunga dulang untuk si adik..warna maroon gak...
Inilah kerja aku kalau boring...
tengah pikir untuk sponser bunga telur sebanyak 60 batang utk majlis katam alquran di Surau UniKL BMI anjuran budak2 KS..nak buat bunga macamana ya....?????