BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

COLGATE SAMA TARAF DENGAN JAKIM?


Bagaimanakah sebuah badan seperti Colgate disamakan dengan JAKIM sebuah badan yang mempertahankan hak orang Islam. Colgate ni badan Dakwah ke sampai boleh disamakan dengan JAKIM. Memang melampau betul Colgate kali ni. Demi untuk keuntungan peribadi maruah jabatan agama Islam seperti JAKIM pun nak dipermainkan untuk tujuan komersial.Ada orang agama sendiri bagitau dia dengar orang JAKIM pun rasa Colgate ni dah melampau dan yang diiktiraf JAKIM sebenarnya adalah badan agama yang memantau status halal di luar negara bukannya mereka mengiktiraf Colgate.‘PERCAYALAH KEPADA COLGATE SEPERTIMANA JAKIM’ seperti iklan yang tersiar ni cukup biadap dan tidak menghormati orang Islam. Seolah – olah Colgate ni macam badan dakwah Islam dan mempunyai banyak aktiviti – aktiviti dakwah macam sebuah badan Islam yang dihormati seperti JAKIM. Pengguna Islam kalau tak sedar lagi tak tau la nilah agenda mereka sampai kehormatan badan Islam seperti Jakim pun boleh dipergunakan sewenang – wenangnya.

NO COLGATE FOR ME AND MY FAMILY FOREVER!

0 comments: