BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 30, 2009

Aku Yang telah Merdeka...

aku telah belajar sesuatu...
tentang kehidupan dan cara untuk menikmati kehidupan
melalui penilitian dan juga cara hidup orang lain
aku bersyukur kerana masih mampu tersenyum melalui kefahaman orang lain..
terima kasih kak ina, hafiz, acap dan sume adik dan sahabatku di sini.
mak abah yang tak jemu2 menasihati dan menyayangi
walaupun aku sering abaikan semuanya..
dan sudah tentu pada cintaku..
yang banyak memberi dugaan hidup padaku
dulu aku takut, lemah dan tidak bersemangat
sering lari dari masalah
sehinggakan satu ketika aku rasakan kehidupan ini hanya satu kanvas kosong
tanpa corak dan lukisan..
ketika itu hanya Allah yang tahu...
yang ada hanya air mata dan rasa terkilan
yang ada cuma rasa ingin hidup yang terlalu tipis..
semangat ku hilang hanya kerana mereka
meletakkan aku dalam keadaan yang begitu sukar
aku bukan yang dulu tapi aku adalah aku
seperti hari ini
seorang wanita cekal dan bersemangat
hari ini aku sudah berani menentang penindasan
berani menentang kezaliman
mereka yang bermuka-muka ikhlas membantu dan meyayagi
tetapi sebenarnya
merosakkan kehidupanku
aku tidak menoleh kebelakang lagi..
dengan sedikit harapan yang masih bersisa
aku terus melangkah
berpaut hanya pada yang menyokongku..
memahami siapa sebenarnya di ku
belajar melalui kefahaman mereka yang aku rasa terlalu berharga
jiwa dan hatiku telah bersatu
membuktikan bahawa apa yang mereka anggap
itu semua hanya cakap-cakap kosong..
pengalaman hidup betul2 menjadikan aku seperti hari ini...
menjadikan kesilapan lalu sebagai sempadan hidup
meneruskan kehidupan yang akan datang
kini mentari sedang menyinari hidupku..
dengan rasa cinta
dengan rasa sayang
dengan semua rasa yang ada..
Jiwa ini tidak lagi berduka..
akan ku buktikan pilihan ku itu betul
walaupun apa yang sume orang pernah buat padaku dahulu begitu perit untuk ditelan
tetapi kerana mereka juga aku berada disini...
ketahuilah bahawa
kemaafan adalah dendam yang terindah...
terima kasih semua..
terimakasih kepada mereka yang sentiasa menyayangi ku..
kalian semua cukup berharga bagiku
dan yang terutama syukur ini untuk Nya yang memberikan ku ruang dan peluang
untuk mengubah kehidupan dan
untuk aku bernafas lagi di bumi ini dengan rasa bahagia...
Allah tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...
SALAM MERDEKA! untuk semua...
Aku yang telah Merdeka...

0 comments: