BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

31 Ogos 2009

langit penuh dengan cahaya yang indah-indah
seperti percikan bunga api..
ada dimana-mana sahaja..cantik
tiba-tiba aku lihat satu kepulan asap putih dan hitam yang besar
di sebelah pantai..
rumah aku ada pantai? heran..bukan cuma sungai gombak aje ker?..
bingung... tetapi aku seperti pernah melihat kepulan asap itu
ya baru aku teringat
buku sejarah tingkatan lima
bila Hiroshima kena bom..
aku panik...tiba2 aku lihat sebuah kapak perang tengelam..
kapal perang itu pun macam aku pernah lihat..
ya itulah Pearl Harbour..
aku semakin keliru
macamana aku boleh teperangkap dalam perang dunia yang kedua ini..
tiba-tiba aku nampak tentera merah..
memakai pakaian ala tentera dan membawa bendera merah..
siapa mereka ini..
saat itu aku dengar bunyi tembakan...
perang ker ? ya Allah macam mana nie..
macamana aku nak lari..kat mana aku nak berlindung
abah tarik tangan ku..abah kata tu tentera indonesia
baru aku tahu siapa tentera merah
mereka sedang memerangi tentera Malaysia...
Ya Allah kau selamatkanlah kami..
aku pening dan ketakutan...tiba-tiba aku jumpa satu risalah
aku baca ayatnya...
konferentasi indonesia
mak abah apa nie..tadi perang dunia kedua
sekarang konfrentasi indonesia pulak...
tiba-tiba tentera merah tadi berpaling kepada aku dan terus.....
"ngah eh...apa nie mengigau...
bangun sahur..." suara emak mengejutkan aku
aku terduduk....
mimpi rupanya..
Ya Allah terima kasih kerana aku masih lagi bernafas
"banyaknya orang menanam pulut
saya seorang menanam padi
banyaklah org karam di laut
saya seorang karam dihati"
bunyi sms di hp ku..
aku terus memeriksa sms tersebut
apis yang hantas sms kejutkan sahur...
jam di hp pukul 5.00am, tarikh 31 ogos 2009
aku tersenyum
ya hari ini negara ku telah merdeka
52 tahun lamanya....
Terima kasih ya Allah kerana aku dilahirkan sebagai anak merdeka...

peristiwa diatas adalah kejadian sebenar. mimpi aku pg tadi sebelum sahur...
huhuhu....

Sunday, August 30, 2009

Aku Yang telah Merdeka...

aku telah belajar sesuatu...
tentang kehidupan dan cara untuk menikmati kehidupan
melalui penilitian dan juga cara hidup orang lain
aku bersyukur kerana masih mampu tersenyum melalui kefahaman orang lain..
terima kasih kak ina, hafiz, acap dan sume adik dan sahabatku di sini.
mak abah yang tak jemu2 menasihati dan menyayangi
walaupun aku sering abaikan semuanya..
dan sudah tentu pada cintaku..
yang banyak memberi dugaan hidup padaku
dulu aku takut, lemah dan tidak bersemangat
sering lari dari masalah
sehinggakan satu ketika aku rasakan kehidupan ini hanya satu kanvas kosong
tanpa corak dan lukisan..
ketika itu hanya Allah yang tahu...
yang ada hanya air mata dan rasa terkilan
yang ada cuma rasa ingin hidup yang terlalu tipis..
semangat ku hilang hanya kerana mereka
meletakkan aku dalam keadaan yang begitu sukar
aku bukan yang dulu tapi aku adalah aku
seperti hari ini
seorang wanita cekal dan bersemangat
hari ini aku sudah berani menentang penindasan
berani menentang kezaliman
mereka yang bermuka-muka ikhlas membantu dan meyayagi
tetapi sebenarnya
merosakkan kehidupanku
aku tidak menoleh kebelakang lagi..
dengan sedikit harapan yang masih bersisa
aku terus melangkah
berpaut hanya pada yang menyokongku..
memahami siapa sebenarnya di ku
belajar melalui kefahaman mereka yang aku rasa terlalu berharga
jiwa dan hatiku telah bersatu
membuktikan bahawa apa yang mereka anggap
itu semua hanya cakap-cakap kosong..
pengalaman hidup betul2 menjadikan aku seperti hari ini...
menjadikan kesilapan lalu sebagai sempadan hidup
meneruskan kehidupan yang akan datang
kini mentari sedang menyinari hidupku..
dengan rasa cinta
dengan rasa sayang
dengan semua rasa yang ada..
Jiwa ini tidak lagi berduka..
akan ku buktikan pilihan ku itu betul
walaupun apa yang sume orang pernah buat padaku dahulu begitu perit untuk ditelan
tetapi kerana mereka juga aku berada disini...
ketahuilah bahawa
kemaafan adalah dendam yang terindah...
terima kasih semua..
terimakasih kepada mereka yang sentiasa menyayangi ku..
kalian semua cukup berharga bagiku
dan yang terutama syukur ini untuk Nya yang memberikan ku ruang dan peluang
untuk mengubah kehidupan dan
untuk aku bernafas lagi di bumi ini dengan rasa bahagia...
Allah tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...
SALAM MERDEKA! untuk semua...
Aku yang telah Merdeka...

Saturday, August 29, 2009

Kuiz Diri

1. Berapa umur anda?
kira sendiri la..

2. Anda berasal?
kuala lumpur

3. Berapa adik beradik anda? Anak yang ke? Brp lelaki n perempuan?
5
anak no 2
1 laki,4 perempuan

4. Sekolah terakhir anda?
Sekolah Menengah Bamdar B aru Sentul

5. Bila terakhir anda memotong rambut?
tahun Lepas

6. Shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
Sun Silk

7. Anda gemar menjahit? Kalau tidak nyatakan sebab
boleh la tapi jahit manik atau labuci je...yang lain x tahu

8. Jika duduk di rumah, adakah anda suka menghias diri
tak....banyak kerja lain boleh buat

9. Apakah kerja rumah yang paling malas anda hendak lakukan?
Masak nasi..masak lauk tak pe...

10. Soalan terakhir...bagi 5 kenangan MANIS yang tak dapat anda lupakan sampai bila bila?
saat aku dilahirkan
jatuh cinta
dapat kerja pertama dan kekal hingga sekarang
raya bersamanya dikampung
bila tengok mak dan abah aku gembira



Friday, August 28, 2009

Let fill it up!!!

1. perkara yg paling di takuti dalam idup..
kesunyian

2. perkara yg paling di sukai dalam idup..
buat benda yang aku suka.

3. perkara yg paling di benci dalam idup..
orang sibuk2 hal aku

4. perkara yg tak dapat dilupakan dalam idup..
saat gelabah n panik masa dia cakap suka kat aku

5. perkara yg hendak dilupakan dalam idup..
perkara2 yang duka..

6. perkara yg hendak di capai dalam idup..
hasrat dan impian terlaksana

7. perkara yg paling menggembirakan dalam idup..
sume orang suka dan sayang aku

8. perkara yg paling menyentuh perasaan dalam idup..
bila teringat zaman-kejatuhan aku

9. perkara yg anda selalu angankan...
kebahagian

10. perkara yg paling mengarut dalam idup...
jalan kaki balik umah dari Kota raya ke Bandar Baru Sentul sebab malas tunggu bas...

**to all yg membaca blog nie..
**let share it together..

My Taq

Nama penuh: Sabrina bt Ab. Rahim
Tarikh lahir: 29 September 1978
Tempat lahir: General Hospital, Kuala Lumpur
Tempat anda dibesarkan: Keramat, Sentul Kuala Lumpur


1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
Yanti, Eddy, Kairul, Reduan...


2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
main nyorok2, rounders dan main pondok-pondok

3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
bagitahu bapak aku

4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
rumah syidah dan belakang rumah aku

5.Apakah cita cita anda masa kecil?
1) doctor
2) cikgu
3) peguam

6.Apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
tundercat, kikers, moro attack, osin, ninja turte, star trek, v dan sure byk lagi tapi korang pun tak pernah tengok tapi best giler...

7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?
Den dang, tic tac, mamie, super ring, chekedis dll..

8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..
sume kawan aku masa kecik...kecuali reduan sebab dia dah meninggal dan Yanti still jadi kawan baik aku sampai sekarang

9.Apakah gelaran anda masa kecik?
ada tapi rahsia..

10.nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya..
sume sekali...



Apa yang aku rasa...

Kita rasa kadang-kadang kita rasa kita kenal seseorang. Tapi pada hakikatnya kita tidak kenal dia. Maka kita akan rasa semakin kita dekat dengan dia kita semakin jauh dari dia...kita keliru. Tapi hati kita tetap tidak membenarkan kita percaya bahawa orang itu sedang lari dari hidup kita. Kita tidak boleh menafikan hakikkat bahawa dia amat penting dalam hidup kita sehinggalah kita tahu hakikat sebenarnya.
kadang2 bila dia didepan mata kita, kita tidak nampak sehinggalah kita kehilangan dirinya.
Kita juga kadang2 lupa yang kita dijadikan oleh Allah cukup lengkap dengan pakej. Seperti sebuah komputer yang datang dengan softwarenya. Kita tidak mengikut takdir yang ditentukan untuk kita sejak dari lahir lagi..sedangkan takdir itu mengejar kita sehinggalah dalam satu keadaan kita mengakui takdir kita sendiri dan ketika itu kita terus menerimanya tanpa kita berusaha mengubahnya.
Kita terus melakukan kesalahan demi kesalahan dalam hidup kerana kita sudah putus asa untuk berubah. Sedangakan perubahan yang baik itu akan datang jika kita terus berusaha dan tidak berputus asa.
Kita masih jadi baik kerana Rahmat Allah. Oleh yang demikian kita lupa akan kenikmatan yang kita perolehi sekarang boleh hilang. Kita menyalahkan mereka yang kita rasa menzalimi diri mereka sendiri kerana kita rasa kita sudah cukup baik. Tetapi sebenarnya ganjaran syurga belum tentu untuk kita. Malah jika dikehendaki olehNya syurga itu milik mereka.
Bersyukurkah kita selama ini dijadikan seorang yang baik oleh Allah sedangkan kita tidak pernah diduga. Sehinggakan pada masa kita di duga barulah kita mahu mengucapkan syukur.
Kejahilan kita sekarang tidak bermakna kita akan terus jahil. Allah itu Maha Adil. Hanya ia yang maha mengetahui apa yang akan berlaku. Oleh itu bersangka pada Allah semoga Allah mengampuni kita.

Sunday, August 23, 2009

COLGATE SAMA TARAF DENGAN JAKIM?


Bagaimanakah sebuah badan seperti Colgate disamakan dengan JAKIM sebuah badan yang mempertahankan hak orang Islam. Colgate ni badan Dakwah ke sampai boleh disamakan dengan JAKIM. Memang melampau betul Colgate kali ni. Demi untuk keuntungan peribadi maruah jabatan agama Islam seperti JAKIM pun nak dipermainkan untuk tujuan komersial.Ada orang agama sendiri bagitau dia dengar orang JAKIM pun rasa Colgate ni dah melampau dan yang diiktiraf JAKIM sebenarnya adalah badan agama yang memantau status halal di luar negara bukannya mereka mengiktiraf Colgate.‘PERCAYALAH KEPADA COLGATE SEPERTIMANA JAKIM’ seperti iklan yang tersiar ni cukup biadap dan tidak menghormati orang Islam. Seolah – olah Colgate ni macam badan dakwah Islam dan mempunyai banyak aktiviti – aktiviti dakwah macam sebuah badan Islam yang dihormati seperti JAKIM. Pengguna Islam kalau tak sedar lagi tak tau la nilah agenda mereka sampai kehormatan badan Islam seperti Jakim pun boleh dipergunakan sewenang – wenangnya.

NO COLGATE FOR ME AND MY FAMILY FOREVER!

Saturday, August 22, 2009

C.I.N.T.A Kita

H1N1

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

esok puasa....
pd sume selamat berpuasa
jgn puasa yang..yang yok k
pagi2 bukak periuk
hehehe

Thursday, August 20, 2009

Mie sayang kamu...


Adik dan Abang
Kalau Mie marah itu tandanya Mie sayang
Kalau Mie tak sayang
Mie tak jaga adik dan abang dari kecil
Mie tak antar pergi sekolah
Mie tak buatkan susu
Mie balik, sebab rindukan abang dan adik
Mie tak kisah apa org kata
Sebab diorang tak tahu apa yang Mie rasa
Suatu hari nanti abang & adik akan faham
tapi Mie pesan...
Macamana pun mama tetap mama abang & adik
Sebab dia yang melahirkan
Sebab adik dan abang
Bukan dari rahim Mie
Susu yang adik dan abang minum
Bukan dari Mie
Sayang dia macam kamu sayang Mie
Sebab dia adik Mie
Mie pun sayang dia
Mama tak jaga adik dan abang
Bukan sebab mama tak sayang
Tapi keadaan yg tak mengizinkan
lagi pun kalau mama ambik abang dan adik
Kesianlah Mie..
Papa pun sayang adik dan abang
Sebab adik dan abang adalah anak-anaknya yang sulung
adik dan abang kena jaga diri
Kalau Mie tak ada nanti pandai-pandailah bawa diri
Sekarang Mie mugkin selalu tak ada
tapi Mie juga rindu kat adik dan abang
adik dan abnglah penyejuk hati pengubat rindu Mie
Apa pun yang Mie buat sebab Mie sayangkan adik dan abang
Jangan tinggalkan Mie k...
Sebab Mie yang tinggalkan adik dan abang nanti
itu janji Mie..
Masa tu...
Mie Harap adik dan abang yang akan sempurnakan jenazah Mie
Mie harap adik dan abang yang akan cium dahi Mie dengan Wangian kasturi
dan yang paling penting
Adik dan abang yang akan mendoakan Mie nanti....

Cikgu oh cikgu

Setelah tiga hari tido di hostel aku balik umah. Budak2 bersorak gembira. lama agaknya tak jumpa makngahnya. Anakku yang si kembar tu lebih-lebih lagi. kata Affan "lamanya tunggu Mie balik". Kesian dia tentu rindu padaku. Aku peluk mereka dgn kasih sayang. Atikah anak saudaraku yg berusia 3 thn bertalu-talu mencium pipiku dan memeluk erat aku.
Aku rehat seketika sambil berborak dgn emak. Abah tak ada dirumah. Anak-anak saudaraku belum diambil ibu bapanya. Aku hulurkan mask kepada emak yg aku ambil di opis. Ketika itu mak bercerita.
Kata emak Affiq demam. Dia juga selsema. Aku risau. Tapi mak kata puncanya cikgu di sekolah tadikannya memasukkan lipas ke dalam bajunya. Dia memang takut lipas jadi dia menangis ketakutan sehingga selsema. Mungkin sebab ketakutan juga dia demam.
Aku rasa geram. Niat dihati Mahu saja aku ke sekolah anak-anakku esok. Macam cikgu tak tahu anak-anakku itu sakit. Mereka sakit aku sakit ati. Kata mak diorang tak sekolah. Jadi mesti cikgu tu tahu sebab lipas tu budak2 tu sakit. Harap cikgu tu paham. Tapi hati aku tetap membara....
Budak-budak memang lah nakal.Tapi ada cara lain lagi untuk mendidik. Aku lebih rela anak-anakku itu di denda berdiri atas kerusi atau di rotan dengan pembaris ditangan daripada diperlakukkan begitu kerana akan menjejaskan kesihatannya. Tambahan pula budak2 tu ada asma. Baru bulan lepas keluar masuk hospital....
Aku kata dengan mak, sekali lagi budak2 tu kena mcm tu aku sendiri akan ke sekolah. Bukan nak marah cikgu tu tapi nak bagi nasihat cara-cara menghukum budak-budak yang tak samapai pun 5thn lagi...harap tak jadi pada budak lain.

Tuesday, August 18, 2009

Awak maafkan kita

hari tu kita gaduh
mungkin salah kita
kita pujuk awak
awak jual mahal
esoknya awak pura2 salah antar sms
kita tahu awak saje je
awak kan tak pernah gaduh lama2 dengan kita
kita buat2 kita merajuk
kita jual mahal
kita kata awak tak sayang kita
kita kata awak tak tanya pun kabar kita
ahad ari tu awak call
awak tanya 'apa kabar?'
tapi kita kata 'awak perli kita ker?'
awak kata tak ader la saja je tanya
tapi awak tak tahu kita apy sebenarnya...
ari nie awak ajak jumpa
kita tak nak, sebab kita bz
walaupun sebenarnya kita teringin nak jumpa awak
awak merajuk
kita sedih :(
awak sms..
awak kata esok sampai lepas raya kita tak boleh jumpa
kita tanya kenapa?
awak kata awak bz..
tapi kita tahu awak saje je
kita tahu esok awak mesti call kita
awak kan tak pernah gaduh lama2 dengan kita
sejak kita kawan 7 tahun dulu
kita pun tak pernah beli baju raya tanpa awak
kita tak pernah tak minta maaf pada awak sebelum awak balik kg
tapi kita tahu awak tak akan sampai ati nak biarkan kita
sebab awak pun tak pernah beli baju raya tanpa kita
dan awak pun tak pernah tak minta maaf pada kita sebelum awak balik kg....
jadi ati kita tetap apy sebab kita rasa
esok awak akan pujuk kita....
dan kalau awak rasa kita jual mahal
sebenarnya kita saje je...
he he he...

Hari yang amat memenatkan...

Jadual aku semalam...
5.00am : Bagun tidur

6.30am : Bergerak ke opis
7.30am : Sampai BMI
7.35am : Breakfast bersama Kak Ina & Apis
8.15am : Bertolak ke MMU
9.15am : Tiba di MMU
9.30am : Perasmian dan program 'IPT Counsumer Day 2009'
4.30pm : Bertolak balik ke BMI
6.00pm : Sampai BMI
6.15pm : Meeting dengan Kak Ungku pasal equipment esok
7.30pm : Minum
8.00pm : Prepare untuk pergi meeting
8.30pm : Meeting & Breffing pd president club
10.30pm: Meeting Mini Carnival Committee
11.00pm: Set-up booth
12.00pm: Balik bilik
12.15am : Mandi & masa nie kaki dah kejang
12.45am : cuba tido tapi tak boleh sebab otak sedang ligat berpikir
1.15am : Mai ajak meeting jap pasal skrip majlis perasmian penutup
2.00am:Cuba tido sambil berdoa supaya cepat subuh....pas tu tak taulah pukul berapa tertido zzzzz
tapi memang adalah hari yang amat menenangkan....

Monday, August 17, 2009

Ayat-Ayat Cinta

Hujan baru lepas berhenti. Baru tidurkan budak2 setelah diorang mengacau ku di dalam bilik membuat tempahan bunga telur. Aku tahu mata mereka masih segar kerana baru banggun setelah tidur petang tadi. Tapi aku tak ada pilihan selain menyuruh mereka kembali tidur dengan alasan besok sekolah.
Aku sambil memintal dawai bunga menonton cerita 'Ayat-ayat cinta' dari hard disk yang aku pinjam dari Apis. Cerita tentang pengorbanan dan ketabahan. sesekali terbawa perasaan ku ke dalam cerita itu.
Bukan senang seorang suami memimpin tangungjawab. Seorang isteri yang mengorbankan segala-galanya untuk kebahagiaan suaminya dan juga hati seorang wanita yang cintakan lelaki yang sama.
Semua tu mengajarku erti pengorbanan, ketabahan dan juga sikap tolak ansur. Semoga Allah memberi aku kekuatan seperti mereka.
Affan bangun minta susu, ku buatkan selalu..sambil menepuk-nepuk punggungnya biar lena. Si adik Afiq pula bangun menghulurkan botol minta susu. Ku buat jua kerana kasih ku tumpah untuk mereka.
Kadang2 memang penat melayan mereka..marah jugak aku kalau tak ikut kata tapi budak2 skg nie pandai main sikologi. Bila kena marah je tanya aku" Mie tak sayang abang ke?"
Mana boleh aku tak sayang...tapi kadang-kadang aku biarkan saje...suatu hari nanti mereka akan mengerti...perasaan ku

Fitnah

Dakwaan yang mengatakan SPRM menyerbu dan menyelongkar pejabat exco YB Pn Rodziah Ismail semalam, 05 Ogos 2009 jam 2.45pm adalah TIDAK BENAR sama sekali. SPRM telah datang hanya untuk mendapatkan dokumen Dun Sementa yang dikatakan ada pada YB Rodziah. Kedatangan SPRM juga baru diketahui oleh beliau setelah dimaklumkan oleh peguam semasa mesyuarat exco semalam. Tiada sebarang siasatan dan pengambilan dokumen dibenarkan oleh peguam kerana tiada notis awalan dikeluarkan oleh SPRM kepada beliau.
Dakwaan yang mengatakan 2 pegawai beliau telah ditahan dan disiasat juga adalah TIDAK BENAR. SPRM GAGAL mendapatkan dokumen yang dikehendaki setelah diminta oleh peguam untuk mengeluarkan notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kenyataaan Yang Berhormat kepada media hari ini, beliau bersedia untuk disiasat jika dakwaan seperti yang dilaporkan adalah benar dan berasas.
Aku percaya YB tak bersalah. Bukan hanya sebab YB adalah kakak sepupu aku tapi aku memang yakin YB tak bersalah. Ini semua permainan politik yang cuba nak menjatuhkan beliau...Ingatlah wahai orang yang memfitnah Fitnah itu lebih teruk dari membunuh...
hope Kak Ogy dapat melaluinya dengan tabah. Insyaallah kebenaran akan terlaksana.
kami akan doakan....
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya"

Sunday, August 16, 2009

Tak salah mencuba...

Untuk rawatan H1N1
terdengar seorang sahabat membacanya petua ini di dalam sebuah akhbar
minum air kelapa dan memakan buah kurma..
ada juga sms yang sampai kepada ku iaitu dengan mengamalkan
memakan bawang putih dan epal hujau..

setelah berusaha barulah kita berserah. Yang lain Allah tentukan..

Saturday, August 15, 2009

Untuk semua yang bergelar KAWAN

Sajak untuk kawan
Kawan
Jika kehidupan itu laksana kota binaan
Bangunkanlah ia bukan sekadar hiasan
Bukan untuk kemegahan, kediaman atau diwariskan
Tetapi
Bangunkanlah ia atas dasar akidah
Pacakkan kalimah Lailahaillallah ke dasar hati sekukuhnya
Tiada goyah, keyakinan yang jitu
Binalah benteng iman dari bata-bata takwa
Hiasi dengan warna-warna syukur
Teduhi dengan rasa-rasa tawadhu’
Itulah sebaik-baik binaan
Harta bernilai ke gerbang akhirat
Kerana detak jantung akan terhenti akhirnya
Pabila kota yang dibina runtuh selamanya…
"Andai ada pertemuan, biarlah ianya sepanjang usia perpisahan…"

Argh...

tension gilerz
upload gambar tak lepas2
berejam2 aku tunggu
argh...bosan
aku dah bayar bill la..
asal la yang lembab sangat..
geram gilerzzzzzzz...

Carnival Student Activities

Date: 18 - 19 August 2009
Time : 10.30am - 4.30pm
Venue : Borak-Borak Corner UniKL BMI

Organized by : Student Activities & Development Unit in Collaboration with JPM, JKK, Komuniti Surau, Unit rakan Muda & all non creadit club.

Come and Join Us !
active your campus live...

All about love...since 2002




terima kasih CinTa...

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh
tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg ku hela
kau selalu ada
Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi
Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Friday, August 14, 2009

Saat ku ditinggalkan...



Add Image

Sedih itulah ungkapan bila saat aku ditinggalkan walaupun hanya sementara. Tapi sebab sejak rapat dengan adik2 nie tak pernah lagi diorang tinggalkan aku untuk apa2 xtvt. erm tapi hari nie aku ditinggalkan kerana mereka terpaksa mengikuti kursus kepimpinan mahasiswa di Taman Mini Asean Melaka anjuran Kementerian Pegajian Tinggi. Aku tak ikut sebab bz dengan macam-macam kerja. Yelah kerja pun kat HEMs. Orang kata HEMs tu hal ehwal macam-macam.. Disaat mereka salam dan peluk aku...aku jadi sebak. byk kali ingatkan mereka supaya berhati-hati dan jaga diri. Dengan acap pun aku pesan untuk jaga budak2..aku nak pergi hantar tapi apis tak bagi sebab dia risaukan kesihatan aku..di Melaka sekarang niekan bahaya dengan virus H1N1. Aku nie plak berisiko tinggi..sebab tak ada protection untuk virus. sedihnya saat aku ditinggalkan... adik2 ku pergilah menimba ilmu. semoga apa yang kamu bawa balik nanti akan berguna untuk diri sendiri dan org lain..sayang kamu...

Thursday, August 13, 2009

Mohd Hafiz Rusli


Seorang kawan, adik dan teman
selalu disampingku susah dan senang
hatinya tak siapa tahu..
tak kenal maka tak cinta
selalu mengembirakan
selalu memulihkan hati yang kesepian
berkorban tak kenal siapa
membantu rakan dan teman seperjuangan
senang didekati
susah difahami
memendam rahsia sendiri
menilai dengan mata hati
dia yang banyak membantu
dia yang sangat memahami
dia yang sangat kukenali hatinya
apis...sampai bila pun akak akan tetap mengigati
segala keikhlasan
segala kegembiraan dan kebahagian
hanya kita yang rasa..
adik ku
Mohd Hafiz Rusli...

C.I.N.T.A

cintacintacintacintacintacintacintacintacintacintacintacinta

Norazila binti Mustapha


Mekla, Zila, Ila
sume nama tu sama je orgnya..
seorang kawan, adik dan teman..
kadang2 gembira hatinya
tapi kadang2 berduka hatinya
itulah dia jiwa remaja...
comel...
gelak ketawa jadi perhatian
happy go lucky kata org
tapi bila marah, lari sume org,
garang bagaikan anak gorila..
selalu rindukan seseorang
entah siapa..yang bertuah
memiliki hatinya
tak kisahlah semua
jadi kau bahagia..
adikku Norazila binti Mustapha..

Contrac performance

Benda nie lagi satu yg buat aku kena pikir sampai lebam..
org buat awal tahun..
tapi entahlah dah 2 tahun buat tengah tahun..
maknanya dah buat kerja baru aku buat janji...
pening gak nak pikir
tapi alhamdulillah
due 15 August
tapi aku dah siap ari nie
jd ptg nie tak sakit kepala lagi
hope tahun nie aku boleh capai 100% yang telah aku tuliskan..
supaya aku dapat lebih dari 87.30% markah untuk tahun lalu..
good luck...

External Audit

paling boring
paling leceh
paling aku tak suka
tapi sume benda nie perlu untuk menjaga quality kerja
aku layan je lah..
moga2 tak kena ncr...

If standard of living is your major objective, quality of life almost never improves, but if quality of life is your number one objective, your standard of living almost always improves.

Saturday, August 8, 2009

SFC (Student Friend's Club)





SFC kau lahir dengan azam dengan kekuatan tersendiri.. lahir dengan semangat juang yang tinggi ..lahir tanpa ada rasa sangsi.. perjuangan yg tak pernah padam.. sokongan yang tak pernah hilang ..semangat bersatu, jiwa bertemu.. satu inspirasi menjadi realit..i satu sorakan.. mencipta kemenangan.. mencari bintang tanpa halangan.. kehebatan menjadi bualan.. kesatuan menjadi sandaran.. keterampilan menjadi ingatan.. kehadiran mendapat permintaan.. untuk menaikkan semangat juang rakan2.. terima kasih SFC.. dengan berkat doa kita kita mencapai kejayaan gemilang ..mendapat 4 bintang .. perjuangan kita akan diteruskan... mencari bintang ke lima... dengan harapan.. terus berjuang tanpa halangan.. UniKL BMI nantikan akan ku bawa namamu.. akan ku julang ia menjadi sejarah ..sejarah yang panjang...

Dedikasi untuk semua ahli2 SFC dari 2006-2009