BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 12, 2008

Pindah...

Ari nie masuk lambat ke opis kena pergi PKNS ngan abah uruskan pasal umah kat keramat.
lepas tu abah antar ke opis.
Ari nie jugak aku sibuk berkemas..Kemas sume barang2 aku yg dah aku angkut semalam.
smlm patutnya cuti tapi aku keja. Sumenya sebab aku kena pindah sume barang-barang aku dari opis kat hostel ke tempat asal aku dulu di bangunan akademik.
Penat jgn katalah...sakit pinggang, sakit badan dan sume sekali..teringat plak aku akan kesusahan mereka yg sedang mengosongkan umah di Bukit Antarabangsa akibat tanah runtuh..takziah kepada mereka yg terlibat.
macam tu jugak utk kawan2 aku yg terlibat secara tidak langsung dalam tragedi tu..Kak Liza, Kak K dan Kak Ani..harap bersabar kerana ada khikmah yg menanti.
Sekarang ujan pulak..sejak akhir-akhir nie selalu ujan. Bimbang juga ada lagi tanah yg runtuh
Kemas dari pagi hingga petang tak juga siap2...
Penat dah nie..nak rest jap

P/s Congrate pd pasukan debetUniKL BMI kerana dpt tempat ke-3 pertandingan debat English Piala Peresident 2008. bertempat di UniKL BMI.

Tuesday, December 9, 2008

Family Day 2008

lamanye tak up date...
Story pasal UniKL BMI Family Day 2008 (29 Nov - 1 Dec 2008)...
Erm..apa yer..camne..keseluruhan family day nie aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang...ha baik ati tak..
pendek kata best la..walaupun ader org yg tak puas ati tapi bagi aku ok je..sebab kalau kita yg jadi organizer belum tentu best lagi. So aku redha je..yg buat pun kengkawan.

First day (29 Nov)
kumpul kat bmi kul 7.00am
bas jalan kul 9.30am
sampai kat Restoran Gulam (tpt berenti makan) kul 12.30pm
Gerak balik kul 2.00pm
sampai Jeti lumut kul 2.45pm
naik Ferry kul 3.00pm
sampai kul 3.30pm
dapat kunci bilik kul 3.45pm
Nombor Chalet 133
Rehat..pas tu petang bawak Affan & Affiq mandi kolam. Seronok giler diorang
abis mandi kul 6.30pm
Gi dinnerkul 8.00pm
Gi Chalet Mak Ngah (Kak Umi kul 10.30pm)
Tengok org memancing kul 11.00pm
Balik Chalet dan tido kul 12.00pm
Affan & Affiq Tengok Cartoon sampai tertido aku pun tak tau sampi kul berapa
Kak Citi tutup TV kul 2.00pm
end..

2nd day (30 Dec 2008)
Poco-poco kul 7.00am
Gi Breakfast kul 8.00am
bawak Affan & Affiq gi main pasir kul 9.00am
Sukaneka kul 9.30am
menang acara lari dalam guni kul 10.00am
gi lunch kul 1.00am
bawak Affan & Affiq jalan2 kat pantai kul 2.30pm
tengok org main paintball kul 4.30pm
bawa Affan & Affiq gi mandi laut kul 5.00pm
Tanam badan Affan dan Affiq (sebab takut mandi laut) kul 5.30pm
mandi kat kolam kul 5.45pm
Ambil no. sure draw (dapat kipas angin) kul 6.45pm
balik chelet siap2 kul 6.50pm
Gi Annual Dinner kul 8.00pm
Balik ke chelet sebab tak lucky malam tu kul 10.30pm
Affan & Affiq tido kul 12.00pm
Aku tido tido kul 12.05pm
end

3rd Day (1 Dec 2008)
Breakfast (letih tak larat nak join poco-poco) kul 8.00pm
Gi tour island kul 9.30pm
Samapai chalet kul 11.00pm
siap kemas beg kul 12.00pm
siapkan Affan & Affiq kul 12.30pm
Tolak beg & gi lunch kul 1.15pm
Gi antar beg kul 1.30pm
lepak kat lobby kul 2.00pm
Gi jetty kul 2.30pm
naik ferry kul 2.45
Affiq mengamuk sebab nak tido kul 3.00pm
Sampai kul 3.30pm
Bus sampai kul 4.00
Berenti kat R&R kul 7.00pm
Rezeki dapat bengok bulan senyum kul 8.30am
sampai UniKL BMI kul 10.00am
Abah ambik kul 11.00pm
mandi n tido kul 12.00pm
end

5 perkara yg best tentang UniKL BMI Family Day 2008

  1. Aku, Affan & Affiq gembira
  2. Tempat yg cantik (Teluk Dalam Beach Resort)
  3. Makananya ok
  4. Committe sume buat kerja
  5. Aku dapat bawa balik kipas angin
5 perkara yg tak best tentang UniKL BMI Family day
  1. Affiq kena cirit birit
  2. Aku tak dapat 'grand lucky draw'
  3. Aku dengar ader staff nampak puntianak
  4. Aku tak puas mandi kolam
  5. Sedih org dapat jam tapi jam aku yg dapat last year dah kena curi :(
tu je citer pasal family day...hope yg akan datang lebih menarik lagi...
thanks for organizer :P

bz..

Tuesday, December 2, 2008

Staff Carefour tumbuk pelanggan demi mempertahankan Islam

Baca dengan hati seorang ISLAM....

Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ....

Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah
menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.

Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.

Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu
memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara
seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.

Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya,
tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!

1.Jika anda orang islam sila sebarkan email ini..!!


2.Jika anda orang bukan islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini




Friday, November 28, 2008

Generasi 99

Ahli Lembaga pengarah G99

Apa itu Generasi 99 @ G99?. G99 telah didaftarkan pada 25 November 2009 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM. G99 adalah merupakan sebuah syarikat milik UniKL BMI OCs Group. G99 menjalankan perniagaan seperti :

  1. Perkhidmatan latihan Motivasi
  2. Aktiviti lasak
  3. Percetakan & pengiklanan
  4. Pengangkutan
  5. Pengurusan Majlis
  6. Katering
  7. Projek Kejuruteraan
G99 mempunyai 3 Ahli Lembaga pengarah iaitu : Sdr Hafizal Mohd Nor (Pijat) Sdr. Fadzli Alias (Abbas) Sdr. Ernie Liyana (Ernie) G99 adalah lambang kejayaan Ocs Group UniKL BMI. Oleh yg demikian semua x Ocs BMI & UniKL BMI dijemput untu memberikan sebarang cadangan dan pandagan demi kejayaan syarikat. Kejayaan G99 adalah kejayaan kita bersama. Pihak G99 sedang menjalankan proses pengumpulan data OCs Group. Semua x OCs diminta untuk tampil menjayakan program tersebut. Sila hubungi : Sdri. Ernie Liyana Mahmuzi - 0129743536 Sdri. Sabrina bt Ab. Rahim - 0133344549 Alamat Perniagaan: Generasi 99, UniKL BMI (Students Affairs) Bt 8, Jln Sg. Pusu 53100 Gombak Selangor Tel :019-2731507 (Abbas) , 017-3281169(Pijat)

Perihatin Ke Kita...


Keperihatinan anda diperlukan......

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :-

Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul) Maybank Acc : 162 106 168 490

Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua... Assalamualaikum/Salam sejahtera , Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal(4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu
meringankan beban keluarga adik
Nurul. Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus). Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau. Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan berita ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam! Hulurkan bantuan anda kepada :- Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul) Maybank Acc : 162 106 168 490 Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA! Wallahua'lam....

Thursday, November 27, 2008

Kesayanganku






Ngerinya....

Erm..ingat tak tulisan aku pasal UFO tu. Setelah membuat sedikit homework (citer kat kawan2) sebenarnya benda yg aku sangka UFO tu sebenarnya hantu Langsuir ada juga org panggil dengan gelaran api2 @ pun penanggal. Dari cerita yg aku dengar benda tu dari jauh memang kelihatan seperti bebola bulat yg terbang bercahaya. Bila tahu keadaan sebenar ngeri betul aku rasa. Bayangkanlah kalau hari tu Nor betul2 berenti kat jambatan seperti yg aku suruh rasanya mau pengsan aku di buatnya... Rasanya lepas nie tobat rasanya nak lalu kat situ lepas kul 10 mlm. Lebih2 lagi hari jumaat. Kata Kak Gee...selain langsuir, api2 dan penangaal ia juga di gelar UFO. Aku senyum je :)

Saturday, November 22, 2008

Aku jumpa UFO...percaya tak?




Erm...lamanya tak update blog nie...bukan apa tak ingat password..diam tak diam dah lama dah Sabrina's Creative beroperasi...byk jugak tempahan yg diterima..nanti aku uploadkan gambar2nya.
Hari ini hari menyambut menantu belah mak (Pn. Kamalia). Dari malam semalam org dah mula sibuk. Biasalah org kg..ramai yg datang menolong..aku, Sal dan Nor datang pukul 6 lepas abis keja..Aku buat bunga telur untuk bg kat kawan2..kat atas tu gambarnya..
Malamnya ada marhaban dan majlis khatam Al-Quran untuk Farah (anak mak) dan 2 sepupu perempuannya..pukul 10 mlm aku balik ke rumah naik motor.
Percaya atau tidak (apa yg aku nampak la) kami di ekori oleh 7 buah UFO. Tapi korang mesti tak percayakan. Aku pun tapi itulah yg sebenarnya berlaku. Kalau benda tu bukan UFO apa plak. Objek tu bulat dan bercahaya. Mula2 dia terbang rendah berlegar2 kat kawasan perumahan Taman Pelangi. Lepas tu dia terbang tinggi dan secara berjemaah terbang mengekori kami...sumpah tak tipu. Aku suruh Nor berhenti, tapi dia tak nak sebab takut. Kebetulan jalan tu lengang. kejadian berlaku lebih kurang pukul 10 mlm. Di lebuhraya Karak berhampiran Taman Karak. Masa tu kami nak balik menuju ke Sentul. Meremang gak bulu tengkuk aku nie....kalau ader yg boleh explain kat aku apa yg sebenarnya berlaku tolong la..sebab kami sendiri tak percaya dgn apa yg kami lihat tapi hakikatnya ia betul2 berlaku..
Sampai je kat simpang ader keta berenti..penuh dengan budak2 lelaki..tetiba je diorang ramai2 nyanyi lagu BMI. Terkejut gak aku..Budaknya takberapa perasan tapi yg aku tau memang budak2 BMI yg saja nak mengusik aku. Aku apa lagi hilang takut pasal UFO tu n terus gelak...Semangat BMI sungguh budak2 nie..
Esoknya kenduri...meriah giler..ramai yg dtg. Photographer ari tu bukan org lain budak2 'Gelak-Gelak Sepah'...kalau nak khidmat diorg blah contact acan (0132505175)...
Aku tunggu sampai petang...n pukul 6 balik terus gi singggah BMI tengok Majlis Penutup Karnival Wajadiri Seilat Cekek. Congrate to pasukan BMI yg menang 2 pingat.
Pas tu kul 9 gi balik umah mak sebab nak tengok 'Joget lambak' Aku tak la berjoget just join poco2 je....best gak malam tu...org yg penat berkerja terhibur...Mak Selamat Menerima Menantu..sayang Mak...

Wednesday, May 28, 2008

Hujan Lebat Membawa Seribu Rahmat

Bila petang je mesti hujan..dah beberapa hari ni langit tak pernah gagal mencurahkan air matanya. Di opis aku nie jgn kiralah kalau mula2 ujan tu memang lebat. Pakai payung pun belum tentu selamat. Kalu di KL tu sekejap je banjir. Kesian pada peniaga2 kecil yang terpaksa mengemas barang2 niaga mereka.
Tapi sebenarnya hujan nie pun banyak beri rahmat pada kita..pada penduduk bumi yang sebenarnya semakin rakus memunggah hasil bumi dan kadang2 lupa pada kesejahteraan bumi dan makhluk yang tinggal didalamnya.
Hujan lebat bagi aku bukan masalah...tapi mungkin akan jadi masalah kalau tiba2 air naik sebab ketidakperihatinan segelintir org yang menyebabkannya..org tu sebenarnya masalah yg jadi masalah pada kita. Jadi sama2lah kita bersyukur dengan kurnian hujan pada hari ini. Mungkin esok kita akan rindukannya...

Ilham Tercipta



















SFC Tetap Dihati

Erm...bila nak cakap pasal SFC ni hati sedikit sayu mengenangkan perjuangan SFC nie. Sebuah club pasukan sorak UniKL BMI yang ditubuhkan pada tahun 2006 semasa penganjuran gilang gemilang UniKL Sport Carnival di UniKL BMI. Semangat perjuangan tang ada pada setiap ahli telah membawa kepada kejayaan apabila UniKL BMI berjaya menyandang juara keseluruhan..percaya atau tidak selepas tahun tersebut UniKL BMI terus mengekalkan kejuaran untuk kali ketiga berturut-turut. Satu kejayaan yang terlalu manis untuk dikenang. Untuk semua ahli yang pernah bertungkus lumus mengerakkan persembahan, retreat, dedication, SFC De'Cafe, FESKEM dan sebagainya ingatlah kak sab tak pernah lupakan u all.


Ingat SFC ingatlah Kak sab ya...


Hantaran perkhawinan Rahayu (Bukit Damansara)



Ini adalah hantaran perkhawinan Rahayu Abd. Rahman dengan Pasangannya Rahim di Bukit Damansara pada tahun 2008. Semoga mereka berbahagia hendaknya menyulam cinta.

Permata Pertama



Assalamualaikum...salam perkenalan. Permata pertama Sabrina's Creative telah dilahirkan pada 22 May 2008. Aku sendiri tak pernah ingat bila minat untuk punya perniagaan sendiri. Terima kasih mak, abah,Adik ayu (yg selalu ckp kak ngah ko kena bukak kedai) dan adik beradikku yang lain atas sokongan. Tentunya dari yang tersayang dan juga rakan2 yg memberi galakan dan sokongan. Terima Kasih..Sabrina's Creative di lahirkan bukan untuk tujuan mencari kekayaan tetapi untuk kehidupan yang lebih selesa.
Erm..walaupun baru tetapi aku telah mengorak langkah dengan menerima tempahan hantaran dan bunga telur tentunya dari org yang terdekat. Selalunya kawan dan sedara maralah yg menberikan peluang.
Teringat masa kecil2 dulu mak selalu membebel sebab aku selalu mengunting2 kertas dan menyepahkan rumah dengan helaian kertas-kertas yg aku gunting. Rupa2nya dalam diam sebenarkan aku sedang menyerlahkan bakat yang terpendam. Sabrina's Creative..kreatif sangat ke aku nie. entahlah aku pun tak tau tapi org yg menilai. Kalau kat opis tu keja2 yang remeh2 menghias dan mendekorasi tu memang org selalu panggil aku. Kreatif la kot.
Penulisan pertama aku dalam blog nie pun sebenarnya secara spontan. Belum lagi kepalaku ini mencambahkan idea2 yg best untuk aku garapkan...tiba2 keputusan idea nak menulis.
jadi last aku nak wat promosi sapa2 yg nak kawin @ bertunang bolehlah cari Sabrina's Creative untuk menempah gubahan hantaran, bunga telur, cenderahati dan sebagainya. boleh hubungi aku di talian 013-33344549. sampai berjumpa lagi...