Ari nie masuk lambat ke opis kena pergi PKNS ngan abah uruskan pasal umah kat keramat.
lepas tu abah antar ke opis.
Ari nie jugak aku sibuk berkemas..Kemas sume barang2 aku yg dah aku angkut semalam.
smlm patutnya cuti tapi aku keja. Sumenya sebab aku kena pindah sume barang-barang aku dari opis kat hostel ke tempat asal aku dulu di bangunan akademik.
Penat jgn katalah...sakit pinggang, sakit badan dan sume sekali..teringat plak aku akan kesusahan mereka yg sedang mengosongkan umah di Bukit Antarabangsa akibat tanah runtuh..takziah kepada mereka yg terlibat.
macam tu jugak utk kawan2 aku yg terlibat secara tidak langsung dalam tragedi tu..Kak Liza, Kak K dan Kak Ani..harap bersabar kerana ada khikmah yg menanti.
Sekarang ujan pulak..sejak akhir-akhir nie selalu ujan. Bimbang juga ada lagi tanah yg runtuh
Kemas dari pagi hingga petang tak juga siap2...
Penat dah nie..nak rest jap
P/s Congrate pd pasukan debetUniKL BMI kerana dpt tempat ke-3 pertandingan debat English Piala Peresident 2008. bertempat di UniKL BMI.
Friday, December 12, 2008
Pindah...
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 7:16 PM 1 comments
Tuesday, December 9, 2008
Family Day 2008
lamanye tak up date...
Story pasal UniKL BMI Family Day 2008 (29 Nov - 1 Dec 2008)...
Erm..apa yer..camne..keseluruhan family day nie aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang...ha baik ati tak..
pendek kata best la..walaupun ader org yg tak puas ati tapi bagi aku ok je..sebab kalau kita yg jadi organizer belum tentu best lagi. So aku redha je..yg buat pun kengkawan.
First day (29 Nov)
kumpul kat bmi kul 7.00am
bas jalan kul 9.30am
sampai kat Restoran Gulam (tpt berenti makan) kul 12.30pm
Gerak balik kul 2.00pm
sampai Jeti lumut kul 2.45pm
naik Ferry kul 3.00pm
sampai kul 3.30pm
dapat kunci bilik kul 3.45pm
Nombor Chalet 133
Rehat..pas tu petang bawak Affan & Affiq mandi kolam. Seronok giler diorang
abis mandi kul 6.30pm
Gi dinnerkul 8.00pm
Gi Chalet Mak Ngah (Kak Umi kul 10.30pm)
Tengok org memancing kul 11.00pm
Balik Chalet dan tido kul 12.00pm
Affan & Affiq Tengok Cartoon sampai tertido aku pun tak tau sampi kul berapa
Kak Citi tutup TV kul 2.00pm
end..
2nd day (30 Dec 2008)
Poco-poco kul 7.00am
Gi Breakfast kul 8.00am
bawak Affan & Affiq gi main pasir kul 9.00am
Sukaneka kul 9.30am
menang acara lari dalam guni kul 10.00am
gi lunch kul 1.00am
bawak Affan & Affiq jalan2 kat pantai kul 2.30pm
tengok org main paintball kul 4.30pm
bawa Affan & Affiq gi mandi laut kul 5.00pm
Tanam badan Affan dan Affiq (sebab takut mandi laut) kul 5.30pm
mandi kat kolam kul 5.45pm
Ambil no. sure draw (dapat kipas angin) kul 6.45pm
balik chelet siap2 kul 6.50pm
Gi Annual Dinner kul 8.00pm
Balik ke chelet sebab tak lucky malam tu kul 10.30pm
Affan & Affiq tido kul 12.00pm
Aku tido tido kul 12.05pm
end
3rd Day (1 Dec 2008)
Breakfast (letih tak larat nak join poco-poco) kul 8.00pm
Gi tour island kul 9.30pm
Samapai chalet kul 11.00pm
siap kemas beg kul 12.00pm
siapkan Affan & Affiq kul 12.30pm
Tolak beg & gi lunch kul 1.15pm
Gi antar beg kul 1.30pm
lepak kat lobby kul 2.00pm
Gi jetty kul 2.30pm
naik ferry kul 2.45
Affiq mengamuk sebab nak tido kul 3.00pm
Sampai kul 3.30pm
Bus sampai kul 4.00
Berenti kat R&R kul 7.00pm
Rezeki dapat bengok bulan senyum kul 8.30am
sampai UniKL BMI kul 10.00am
Abah ambik kul 11.00pm
mandi n tido kul 12.00pm
end
5 perkara yg best tentang UniKL BMI Family Day 2008
- Aku, Affan & Affiq gembira
- Tempat yg cantik (Teluk Dalam Beach Resort)
- Makananya ok
- Committe sume buat kerja
- Aku dapat bawa balik kipas angin
- Affiq kena cirit birit
- Aku tak dapat 'grand lucky draw'
- Aku dengar ader staff nampak puntianak
- Aku tak puas mandi kolam
- Sedih org dapat jam tapi jam aku yg dapat last year dah kena curi :(
thanks for organizer :P
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 3:49 PM 0 comments
Tuesday, December 2, 2008
Staff Carefour tumbuk pelanggan demi mempertahankan Islam
Baca dengan hati seorang ISLAM....
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ....
Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah
menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.
Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu
memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...
Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara
seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.
Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.
Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya,
tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.
Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!
1.Jika anda orang islam sila sebarkan email ini..!!
2.Jika anda orang bukan islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 8:08 AM 0 comments
Friday, November 28, 2008
Generasi 99
Ahli Lembaga pengarah G99
Apa itu Generasi 99 @ G99?. G99 telah didaftarkan pada 25 November 2009 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM. G99 adalah merupakan sebuah syarikat milik UniKL BMI OCs Group. G99 menjalankan perniagaan seperti :
- Perkhidmatan latihan Motivasi
- Aktiviti lasak
- Percetakan & pengiklanan
- Pengangkutan
- Pengurusan Majlis
- Katering
- Projek Kejuruteraan
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 2:43 PM 2 comments
Perihatin Ke Kita...
Keperihatinan anda diperlukan......
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!
Hulurkan bantuan anda kepada :-
Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul) Maybank Acc : 162 106 168 490
meringankan beban keluarga adik Nurul. Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus). Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau. Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan berita ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam! Hulurkan bantuan anda kepada :- Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul) Maybank Acc : 162 106 168 490 Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA! Wallahua'lam....
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 12:26 PM 0 comments
Thursday, November 27, 2008
Ngerinya....
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 2:40 PM 0 comments
Saturday, November 22, 2008
Aku jumpa UFO...percaya tak?
Hari ini hari menyambut menantu belah mak (Pn. Kamalia). Dari malam semalam org dah mula sibuk. Biasalah org kg..ramai yg datang menolong..aku, Sal dan Nor datang pukul 6 lepas abis keja..Aku buat bunga telur untuk bg kat kawan2..kat atas tu gambarnya..
Malamnya ada marhaban dan majlis khatam Al-Quran untuk Farah (anak mak) dan 2 sepupu perempuannya..pukul 10 mlm aku balik ke rumah naik motor.
Percaya atau tidak (apa yg aku nampak la) kami di ekori oleh 7 buah UFO. Tapi korang mesti tak percayakan. Aku pun tapi itulah yg sebenarnya berlaku. Kalau benda tu bukan UFO apa plak. Objek tu bulat dan bercahaya. Mula2 dia terbang rendah berlegar2 kat kawasan perumahan Taman Pelangi. Lepas tu dia terbang tinggi dan secara berjemaah terbang mengekori kami...sumpah tak tipu. Aku suruh Nor berhenti, tapi dia tak nak sebab takut. Kebetulan jalan tu lengang. kejadian berlaku lebih kurang pukul 10 mlm. Di lebuhraya Karak berhampiran Taman Karak. Masa tu kami nak balik menuju ke Sentul. Meremang gak bulu tengkuk aku nie....kalau ader yg boleh explain kat aku apa yg sebenarnya berlaku tolong la..sebab kami sendiri tak percaya dgn apa yg kami lihat tapi hakikatnya ia betul2 berlaku..
Sampai je kat simpang ader keta berenti..penuh dengan budak2 lelaki..tetiba je diorang ramai2 nyanyi lagu BMI. Terkejut gak aku..Budaknya takberapa perasan tapi yg aku tau memang budak2 BMI yg saja nak mengusik aku. Aku apa lagi hilang takut pasal UFO tu n terus gelak...Semangat BMI sungguh budak2 nie..
Esoknya kenduri...meriah giler..ramai yg dtg. Photographer ari tu bukan org lain budak2 'Gelak-Gelak Sepah'...kalau nak khidmat diorg blah contact acan (0132505175)...
Aku tunggu sampai petang...n pukul 6 balik terus gi singggah BMI tengok Majlis Penutup Karnival Wajadiri Seilat Cekek. Congrate to pasukan BMI yg menang 2 pingat.
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 7:10 PM 0 comments
Wednesday, May 28, 2008
Hujan Lebat Membawa Seribu Rahmat
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 4:30 PM 2 comments
SFC Tetap Dihati
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 3:29 PM 3 comments
Permata Pertama
Posted by Sabrina Ab. Rahim at 11:50 AM 0 comments