BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 28, 2008

Hujan Lebat Membawa Seribu Rahmat

Bila petang je mesti hujan..dah beberapa hari ni langit tak pernah gagal mencurahkan air matanya. Di opis aku nie jgn kiralah kalau mula2 ujan tu memang lebat. Pakai payung pun belum tentu selamat. Kalu di KL tu sekejap je banjir. Kesian pada peniaga2 kecil yang terpaksa mengemas barang2 niaga mereka.
Tapi sebenarnya hujan nie pun banyak beri rahmat pada kita..pada penduduk bumi yang sebenarnya semakin rakus memunggah hasil bumi dan kadang2 lupa pada kesejahteraan bumi dan makhluk yang tinggal didalamnya.
Hujan lebat bagi aku bukan masalah...tapi mungkin akan jadi masalah kalau tiba2 air naik sebab ketidakperihatinan segelintir org yang menyebabkannya..org tu sebenarnya masalah yg jadi masalah pada kita. Jadi sama2lah kita bersyukur dengan kurnian hujan pada hari ini. Mungkin esok kita akan rindukannya...

Ilham Tercipta



















SFC Tetap Dihati

Erm...bila nak cakap pasal SFC ni hati sedikit sayu mengenangkan perjuangan SFC nie. Sebuah club pasukan sorak UniKL BMI yang ditubuhkan pada tahun 2006 semasa penganjuran gilang gemilang UniKL Sport Carnival di UniKL BMI. Semangat perjuangan tang ada pada setiap ahli telah membawa kepada kejayaan apabila UniKL BMI berjaya menyandang juara keseluruhan..percaya atau tidak selepas tahun tersebut UniKL BMI terus mengekalkan kejuaran untuk kali ketiga berturut-turut. Satu kejayaan yang terlalu manis untuk dikenang. Untuk semua ahli yang pernah bertungkus lumus mengerakkan persembahan, retreat, dedication, SFC De'Cafe, FESKEM dan sebagainya ingatlah kak sab tak pernah lupakan u all.


Ingat SFC ingatlah Kak sab ya...


Hantaran perkhawinan Rahayu (Bukit Damansara)



Ini adalah hantaran perkhawinan Rahayu Abd. Rahman dengan Pasangannya Rahim di Bukit Damansara pada tahun 2008. Semoga mereka berbahagia hendaknya menyulam cinta.

Permata Pertama



Assalamualaikum...salam perkenalan. Permata pertama Sabrina's Creative telah dilahirkan pada 22 May 2008. Aku sendiri tak pernah ingat bila minat untuk punya perniagaan sendiri. Terima kasih mak, abah,Adik ayu (yg selalu ckp kak ngah ko kena bukak kedai) dan adik beradikku yang lain atas sokongan. Tentunya dari yang tersayang dan juga rakan2 yg memberi galakan dan sokongan. Terima Kasih..Sabrina's Creative di lahirkan bukan untuk tujuan mencari kekayaan tetapi untuk kehidupan yang lebih selesa.
Erm..walaupun baru tetapi aku telah mengorak langkah dengan menerima tempahan hantaran dan bunga telur tentunya dari org yang terdekat. Selalunya kawan dan sedara maralah yg menberikan peluang.
Teringat masa kecil2 dulu mak selalu membebel sebab aku selalu mengunting2 kertas dan menyepahkan rumah dengan helaian kertas-kertas yg aku gunting. Rupa2nya dalam diam sebenarkan aku sedang menyerlahkan bakat yang terpendam. Sabrina's Creative..kreatif sangat ke aku nie. entahlah aku pun tak tau tapi org yg menilai. Kalau kat opis tu keja2 yang remeh2 menghias dan mendekorasi tu memang org selalu panggil aku. Kreatif la kot.
Penulisan pertama aku dalam blog nie pun sebenarnya secara spontan. Belum lagi kepalaku ini mencambahkan idea2 yg best untuk aku garapkan...tiba2 keputusan idea nak menulis.
jadi last aku nak wat promosi sapa2 yg nak kawin @ bertunang bolehlah cari Sabrina's Creative untuk menempah gubahan hantaran, bunga telur, cenderahati dan sebagainya. boleh hubungi aku di talian 013-33344549. sampai berjumpa lagi...